Khamis, 17 Mei 2012
Jumaat, 20 Januari 2012
Mesyuarat ALK 01/2012
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi diadakan pada Jumaat 20hb Januari 2012 mulai jam 5.30 petang di pejabat berdaftar koperasi Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani. Seramai 9 orang ALK hadir pada mesyuarat tersebut.
Mesyuarat membincangkan perkara berikut :
1. Akaun koperasi
Tahun kewangan koperasi telah berakhir pada 31 November 2011. Semua rekod perakaunan telah diserahkan kepada SKM Kuala Muda untuk semakan. Seterusnya melantik akauntan untuk proses auditing.
2. Latihan / Khursus untuk ALK
Satu senarai akan dikeluarkan menjelaskan khursus khursus yang perlu dihadir oleh ALK dalam masa terdekat. ALK yang masih belum menhadiri kursus wajid akan diminta berbuat demikian.
3. Projek Katering
Koperasi telah menerima tempahan untuk menyediakan perkhidmatan katering pada 25 Feb 2012. Adalah dipersetujui bahawa koperasi akan menjadikan perkhidmatan katering ini sebagai teras aktiviti koperasi untuk tahun 2012.
Usaha akan dibuat untuk mempromosi perkhimatan katering ini.
Usaha akan dibuat untuk mempromosi perkhimatan katering ini.
4. Projek Tanaman Anak Getah
Terdapat banyak tanah tanah terbiar di Kampung Seberang Tok Soh selepas tanaman nanas yang berakhir pada awal tahun 2011. Koperasi diminta membuat kajian untuk mengunakan tanah terbiar tersebut untuk manafat orang kampug.
Salah satu cadangan yang diterima adalah untuk membuat nursery anak pokok getah. Menurut kajian permintaan untuk anak getah melebihi pengeluaran. Pihak koperasi diminta mendapatkan maklumat lanjut dari pihak Mardi atau Risda tentang perkara ini.
5. Kajian projek yang gagal
Koperasi diminta menyenaraikan semua projek projek yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ALK dan mengkaji kenapa projek tersebut gagal dilaksanakan.
Rabu, 18 Januari 2012
Taklimat Singgah Hebah Program Latihan MKM 2012
Satu program taklimat penerangan program latihan Maktab Koperasi Malaysia MKM untuk tahun 2012 untuk pehawai dan ALK Koperasi Daerah Kuala Muda telah diadakan pada :
- Tarikh : Selasa 17 Januari 2012
- Masa : 9.00 pagi
- Tempat : Cinta Sayang Resort Sungai Petani
Walau dianggarkan seramai 100 orang pegawai dan ahli lembaga koperasi akan hadir ke taklimat tersebut, hanya hampir 40 orang sahaja yang hadir.
MKM serta cawangan menganjur berbagai latihan dan kursus untuk semua peringkat termasuk :
- Latihan Jangka Pendek
- Latihan Jangka Panjang
- Seminar
- Bicara Eksekutif
- Bicara Tokoh
- Progtam Latihan Antarabangsa - MTCP
- Konsultansi dan Khidmat
- Penerbitan
- Program Latihan Maktab Koperasi Malaysia 2012
- Kalender Program Ltihan 2012
- Borang Permohonan Kursus Jangka Pendek
- Jadual Kursus MKM Cawangan Utara untuk tempuh Feb 2012 ~ Mei 2012
- Borang Permohonan Kursus MKM Cwangan Utara Bagi Bulan Feb 2012 hingga April 2012
- Borang Pengesahan Kehadiran 'Bicara Eksekutif' Halalan Thoyyiba pada 1 Feb 2012
Ahad, 16 Oktober 2011
Mesyuarat ALK Bil.5/2011
Mesyuarat ALK Koperasi diadakan pada Ahad 16 Okt 2011 mulai jam 10.00 pagi di Pejabat Berdaftar Koperasi No.3, Taman Kristal, Sungai Petani.
Mesyuarat membincangkan perkara berikut :
1. Ulasan dan pandangan SKM pada msyuarat agong koperasi
2. Akaun koperasi
Semua ALk diingatkan bahawa tahun kewangan koperasi pada penghujung Nov 2011.
3. Permohonan menjadi Ahli
Satu permohonan untuk menjadi ahli diterima dan diluluskan. Koperasi akan mengeluarkan surat penerimaan kepada anggota dan meminta anggota untuk menjelaskan saham secara ansuran atau penuh.
4. Menjadi ahli Angkasa
Mesyuarat bersetuju untuk koperasi mendaftar menjadi ahli Angkasa. Dengan menjadi ahli Angkasa terdapat beberapa faedah dan manafaat kepada koperasi.
5. Majlis taklimat
6. Lawatan sambil belajar
Beberapa ahli memohon untuk membuat lawatan sambil belajar ke Daerah Sik. Diantara destinasi lawatan termasuk perusahaan kueh, koperasi Beris dan Ladang Anggur Tasik Beris. Koperasi akan menyediakan pengangkutan dan membuat urusan lawatan.
Tarikh dicadangkan : Khamis 17 Oktober 2011
7. Perusahaan Anak Getah
Rabu, 27 Julai 2011
Projek Kuih Raya
Lawatan ke PPK Penaga untuk meninjau lebih lanjut pembuatan kueh kapit atau kueh sepit (love letter). Lawatan seramai empat orang ALK pada Selasa 26 Julai 2011 mulai jam 10.00 pagi. Didapati pengusaha kueh kapit yang di lawati pada tahun 2010 di Kampung Temusu, Penaga telah berpindah kuarters PPK Penaga.
Pengusaha telah memberikan kerjasama membenarkan rombongan meninjau peralatan digunakan dan dimana mendapatkan bekalan peralatan termasuk dapur dan acuan kueh.
Isnin, 25 Julai 2011
Projek Cendawan - Penjagaan
Semua bongkah yang disusun perlu di sembur dengan air untuk mengekalkan kelembaban. Semburan perlu dibuat berhati agar bahagian hadapan iaitu leher bongkah tidak terkena terlalu banyak air.
Ahad, 24 Julai 2011
Projek Cendawan - Susunan
Kerja membersihakan selesai dan bongkah disusun diatas rak. Hanya lima lapis susunan bongkah dibuat pada rak bawah dan tengah manakala hanya tiga lapis pada rak atas.
Rak bawah dan tengah boleh menampung sehingga tujuh lapisan bongkah tetapi ia akan menjadi terlalu berat dan dikuathiri rak tidak dapat menampung berat tersebut.
Rak bawah dan tengah boleh menampung sehingga tujuh lapisan bongkah tetapi ia akan menjadi terlalu berat dan dikuathiri rak tidak dapat menampung berat tersebut.
Sabtu, 23 Julai 2011
Projek Cendawan - Persediaan bongkah
Benih yang dihantar yang dibungkus didalam beg plastik dikeluarkan untuk mengelakkan tindihan terlalu lama yang mungkin akan merosakkan benih. Juga ada bongkah yang didapati berwap.
Bongkah di keluarakan dan diletakkan diatas lantai. Pemilihan untuk benih yang telah matang dibuat. Yang masih belum mencapai tahap 90% atau lebih diasingkan.
Penutup bongkah yang sesuai dibuka dan leher botol dibersihkan dari ketulan benih yang sudah lama. Ia kemudian ditutup dengan penutup baru. Semua bongkah yang telah dicuci disusun di atas rak.
Jumaat, 22 Julai 2011
Projek Cendawan - Pemasangan 'Orkid' Net
Pemasangan orkid net berwarna hitam disekiling bangsal dilakukan untuk menggantikan net lama. Net untuk menghalang terlalu banyak cahaya masuk ke bangsal yang akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti cendawan.
Pada awalnya pesanan dibuat untuk net bersaiz 90% ketelusan cahaya tetapi menghadapi masalah bekalan. Sebaliknya dua lapis net bersaiz 70% digunakan.
Net ini juga berfungsi untuk menyekat kemasukkan binatang ke dalam bangsal seperti unggas, ular, kera dan lain lain.
Rabu, 20 Julai 2011
Projek Cendawan - Penghantaran Benih
Sebanyak 2,500 benih dihantar. Benih yang diterima kebanyakkan telah hampir 95% matang dan dijangka mengeluarkan hasil dalam tempuh 2 minggu.
Khamis, 14 Julai 2011
Ahad, 10 Julai 2011
Projek Cendawan ... rak dan bangsal
Penyediaan rak cendawan dilakukan sendiri oleh En. Khassim Yahaya iaitu orang yang mengendalikan projek. Saiz rak adalah mengikut ukuran yang diberikan oleh Jabatan Pertanian iaitu 8 kaki lebar dan enam kaki tinggi. Ruang antara rak ialah 2 kaki.
Kayu 2 x 3 inci digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 digunakan sebagai rak.
Lantai bangsal cendawan perlu disimin bertujuan menjaga kebersihan bangsal, senang untuk dicuci, menghalang kemasukkan binaang kecil seperti ulat, lipas, semut atau tikus. Lantai simen juga dapat menakung sedikit air untuk melembabkan kawasan di dalam bangsal.
Rak akan dimasukkan sebaik sahaja lantai simen keras dan dicuci.
Rabu, 29 Jun 2011
Mesyuarat Agong Pertama - 2011
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad mengadakan Mesyuarat Agong kali yang Pertama pada Rabu 29hb Jun 2011 sempena dengan cuti Israk Mikraj 1432. Mesyuarat diadakan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah Darulaman bremula pada 4.45 petang.
Seramai 23 orang anggota hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi. Mesyuarat dimuakan dengan ucapan pegerusi, diikuti dengan pembentangan laporan audit 2010, pembentangan belanjawan tahun 2011 oleh bendahari, lapuran aktiviti tahunan. Semua anggota ALK dikekalkan.
Diantara ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah :
i. Had pinjaman oleh koperasi
ii. Menerima pelaburan oleh anggota untuk projek tanaman cendawan
iii. Meminda Fungsi Koperasi dalam Undang Undang Kecil dari Perindustrian kepada Pertanian.
iii. Pembelian mesin air tebu
iv. Melaksanakan projek membuat kueh tradisi
Diantara ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah :
i. Had pinjaman oleh koperasi
ii. Menerima pelaburan oleh anggota untuk projek tanaman cendawan
iii. Meminda Fungsi Koperasi dalam Undang Undang Kecil dari Perindustrian kepada Pertanian.
iii. Pembelian mesin air tebu
iv. Melaksanakan projek membuat kueh tradisi
Semua anggota koperasi diminta mengeratkan siratulrahim di kalangan ahli koperasi dan terus memberi idea, sokongan, kerjasama dan komitmen untuk kemajuan koperasi.
Rabu, 22 Jun 2011
Projek Cendawan - Lawatan sambil belajar
Koperasi memohon jasa baik pegawai dari PPK Sungai Petani untuk mengatur satu lawatan ke bangsal cendawan yang terletak di Kilang Makau, Taman Kempas Sungai Petani. Lawatan tersebut di buat pada 22 Jun 2011.
Pengusaha projek cendawan tersebut En. Zahari mempunyai dua bangsal. Setiap bangsal boleh memuatkan sehingga 3,000 bongkah cendawan dan telah memulakan perusahaan tersebut sejak dua tahun yang lalu.
Selasa, 14 Jun 2011
Projek Cendawan
Ahli Lembaga Pengarah bersetuju melaksanakan projek Cendawan Tiram Kelabu. Projek akan dilaksanakan di Kampung Seberang Tok Soh
Projek tersebut akan dikendalikan oleh Khassim Bin Yahaya. Bangsal berukuran 20 x 40 kaki didiri didalam kebun getah. Ini bersesuaian kerana menjadikan suhu yang sesuai.
Pada peringkat permulaan hanya sebahagian dari bangsal akan digunakan dengan lebihkurang 4,000 bongkah cendawan. Jumlah bongkah akan ditambah apabila selepas pengeluaran pertama.
Beberapa siri lawatan di ladang cendawan berhampiran akan dilakukan untuk mempelajari teknik penanaman cendawan. Khidmat nasihat pegawai pegawai pertanian juga akan diperolehi.
Rabu, 8 Jun 2011
Mesyuarat ALK 4/2011
Mesyuarat ALK diadakan pada 08 Jun 2011 pada jam 9.00 malam di pejabat berdaftar Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani.
Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Agong Tahunan yang pertama diadakan seperti berikut :
Tarikh : Rabu 29 Jun 2011
Masa : 4.30 petang
Lokasi : Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu
Juga dipersetujui bahawa agenda mesyuarat agong pertama adalah seperti berikut :
- Ucapan Pengerusi
- Lapuran Aktiviti koperasi tahun 2010
- Pembentangan Lapuran Audit 2010
- Pembentangan Belanjawan Tahun 2011
- Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Juruaudit 2011 ~ 2012
- Pindaan Undang Undang Kecil - Fasa 8 Fungsi Koperasi
- Hal hal lain
Mesyuarat menyenaraikan beberapa isu dan soalan yang mungkin akan dibangkitkan oleh anggota semasa mesyuarat itu kelak dan membincangkan jawapan yang sesuai.
Mesyuarat ALK juga membincangkan perancangan koperasi untuk tahun 2011
1. Projek IKS Makanan Sejuk Beku
Koperasi melalui PPK Unit 18 merancang untuk mengwujudkan 'Projek IKS Makanan Sejuk Beku' untuk Wanita Kampung Seberang Tok Soh.
2. Perusahaan Baja Organik
Beberapa anggota Koperasi telah menghadiri kursus pembuatan Baja IMO oleh Jabatan Pertanian Kuala Muda pada 28 Mei 2011 yang diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Bagi anggota yang berminat untuk mengusahakan pembuatan baja tersebut dan menjual dipasaran boleh menghubung Jabatan Pertanian Sungai Petani.
3. Kursus
Ahli atau anak ahli yang berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Koperasi boleh memohon untuk mengikuti kursus tersebut yang akan bermula pada bulan Julai nanti.
4. Projek Kilang Kayu Getah
Koperasi bercadang untuk membuka kilang memproses kayu getah. Kajian lanjut diperlukan.
5. Lawatan ke Sik, Kedah
Lawatan untuk anggota yang dirancang pada akhir bulan ini ke Beris, Sik, Kedah ditangguhkan ke bulan Julai kerana ramai ahli wanita menghadiri kursus memasak dan penyediaan kueh di Kolej Komuniti Sungai Petani.
Sabtu, 7 Mei 2011
Mini Karnival
SKM menganjurkan Mini Karnival Koperasi Peringkat Parlimen Merbok pada Sabtu 07 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi. Mini Karnival tersebut diadakan di padang awam Taman Malinja, Semeling, Kedah.
Tujuan mini karnival diadakan adalah:
- Memperkenalkan dan menyebar luaskan produk-produk dan perkhdimatan yang ditawarkan oleh koperasi dan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat
- Menggalakkan penggunaan produk-produk tempatan termasuk produk produk koperasi
- Untuk meningkatkan kesedaran berkoperasi di kalangan masyarakat setempat dan memupuk semangat bekerjasama
- Untuk menggalakkan penubuhan koperasi bagi semua lapisan masyarakat dan menjadikan koperasi sebagai budaya hidup sejajar dengan gagasan 1 Malaysia
- Untuk merealisasikan konsep 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K) sebagai kaedah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui penubuhan koperasi di kawasan kediaman termasuk kampung, taman perumahan, pangsapuri, kariah masjid, keluarga dan sebagainya.
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad diberi sebuah tapak jualan pada karnival tersebut. Koperasi mempamirkan dan menjual barangan keluaran ahli. Ia termasuk lemang, dodol, roti dan biskut, nanas dan sayur sayuran.
Rabu, 27 April 2011
Seminar Kemudahan Pembiayaan
Suruhan Jaya Koperasi Malaysia Zone Utara menganjurkan 'Seminar Kemudahan Pembiayaan' untuk Koperasi bertujuan untuk memaklumkan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk koperasi iaitu Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) dan Bantuan Pembangunan.
Ia juga bertujuan memberikan pendedahan mengenai kaedah penyediaan kertas kerja untuk permohonan pinjaman yang lengkap berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan oleh koperasi dan menggalakkan koperasi terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada anggota dan masyarakat setempat.
Lokasi : Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad menghantar dua wakil untuk menyertai seminar tersebut. Mereka adalah :
- Md Zin Bin Maansoh
- Ibrahim Bin A'Kasah
Isnin, 11 April 2011
Mesyuarat ALK 3/2011
Seramai tujuh ahli ALK menghadiri mesyuarat yang diadakan pada 10hb April 2010 bertempat di pejabat berdaftar koperasi bermula dari jam 10.00 pagi.
Mesyuarat telah membicangkan perkara berikut :
1. Pertukaran Setiausaha
En Mustafa menyatakan hasrat untuk melepaskan jaawatan setiausaha yang disandang sejak Nov 2009 atas sebab kesibukkan dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas. Beliau memohon untuk terus memberikan khidmat beliau sebagai ALK biasa. Mesyuarat bersetuju keatas permohonan tersebut.
Mesyuarat juga bersetuju untuk mengisi kekosongan jawatan setiausaha oleh Puan Haliza Binti Khalil. Perlantikan berkuat kuasa serta merta iaitu pada 10 April 2011.
2. Mesyuarat Agung Koperasi
3. Projek Kueh Raya
Ahad, 27 Mac 2011
Lawatan oleh PPK Paya, Kangar
Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad menerima rombongan seramai 40 orang ahli dari PPK Paya Kangar, Perlis pada 27 hb Mac 2011 pada jam 4.00 petang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli tentang aktiviti IKS yang dijalankan oleh ahli ahli Koperasi. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan rangkaian jaringan (net working).
Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad telah mengatur rombongan melawat :
- Perusahaan Roti dan Kek
- Perusahaan Lemang Pak Teh
- produk yang dihasilkan
- pasaran
- pengeluaran
- bilangan pekerja
- Demostrasi penyediaan
- bantuan yang diperolehi
- bimbingan
- rancangan masa depan
Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.
Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.
Langgan:
Catatan (Atom)
















































