Ahad, 30 Mei 2010

Mesyuarat ALK 3


Mesyuarat ALK kali ketiga berlansung pada hari Ahad 30 Mei 2010 di pejabat berdaftar  koperasi mulai jam 1000 pagi. Seramai 8 orang ALK hadir manakala dua tidak hadir dengan sebab dan dua lagi tidak hadir.

Keputusan Mesyuarat :

1. Tarikh Beroperasi

Mesyuarat menetapkan bahawa koperasi akan mula bergerak dan beroperasi pada 01 Julai 2010. Dengan modal yang ada hasil dari langganan ahli, koperasi boleh mula beroperasi.

2.   Langganan Saham Koperasi

Mesyuarat menetapkan surat peringatan kedua dikeluarkan kepada ahli untuk menjelaskan bayaran saham koperasi bertarikh 01 Jun 2010. Pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum 30 Jun 2010. Ahli diminta membayar sekurang-kurangya 50% dari jumlah saham. Surat peringatan akan disampaikan kepada ahli dibawah ALK, yang mana penerangan akan diberikan kepada ahli.

Bagi ahli yang tidak melanggan saham mereka, koperasi beranggapan berkemungkinan mereka tidak berminat dan keahlian mereka mungkin digudurkan. Sekiranya ada ahli yang digugurkan ahli baru yang betul berminat akan menggantikan.

3.   Kakitangan Tambahan

Agenda seterusnya ialah mencadangkan perlantikan seorang keraniuntuk menjalankan tugas tugas koperasi. Perlantikan tersebut berkuat kuasa mulai 01 Jun 2010. 
Mesyuarat juga bersetuju jumlah elaun bulanan yang akan dibayar kepada Puan Haliza Khalil sebanyak RM200.00 sebulan. Tugas dan tanggungjawap akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

4. Majlis/Jamuan

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis makan tengahari sebagai tanda kesyukuran penubuhan Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad. 
Majlis tersebut dicadangkan untuk diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Antara pegawai yang akan dijemput termasuk Pengarah SKM, Pegawai dari PPK dan Jabatan Pertanian, Ketua Kampung serta lain lain kakitangan.

Koperasi juga akan memberikan penerangan projek yang sedang berjalan termasuk :

a.   Tanaman nanas
b.   Tanaman Cabai
c.   Usaha mendirikan tempat perniagaan
d.   Lokasi ternakan ikan

Aktiviti

1.   Pinjaman kepada Ahli
2.   Kolam Ikan
3.   Perusahaan Tauge
4.   Cosway