Selasa, 22 Februari 2011

Bicara Tokoh - Industri Pelancongan

     

Tiga orang ALK menghadiri Program Bicara Eksekutif yang diadakan pada Selasa 21 Feb 2011 mulai jam 09.00 pagi bertempat di Hotel Star City, Alor Setar Kedah. 

ALK yang hadir adalah :
  1.  Md Zin Bin Maansoh
  2.  Mohd Khassim Bin Yahaya
  3.  Ishak Bin Mat
Tajuk 1  :-

Potensi dan peluang Industri Agro Pelancongan kepada Koperasi - Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Kedah.

Tajuk 2  :-

Perkongsian Pengalaman Koperasi - Koperasi Gunung Datuk Rembau Bhd.


Sempat berbual dengan wakil SKM yang sangat berminat dengan aktiviti koperasi menanam nanas secara berkelompok. Pihak SKM ingin melawat projek tanaman nanas tersebut dalam masa terdekat.

     

Ahad, 20 Februari 2011

Mesyuarat AJK 02/2011

     
Mesyuarat ALK kali kedua dimulakan pada Ahad 20 Februari 2011 mulai jam 10.30 pagi bertempat di pejabat berdaftar koperasi. 


1.   Taklimat - Bicara Eksekutif

      ALK yang menghadiri taklimat pada 22hb Feb di Star City Alor Star diminta berkumpul di pejabat sebelum jam 7.30 pagi. Lima nama dicadangkan untuk menghadiri taklimat tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 pagi. 

Tajuk taklimat : Industri Agro-pelancongan - Potensi dan Peluang kepada Koperasi

Senarai anggota yang dicadangkan  :
  1. Md Zin Bin Maansoh
  2. Abdul Rahman Mustafa
  3. Mohd Khassim Yahaya
  4. Ishak Bin Mat
  5. Azizan Bin Md Isa

2.    Kursus Wajib

       Empat ALK akan menghadiri kursus wajib koperasi WUML 100 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang akan diaadakan di MKM Wilayah Utara pada 01 dan 02 Mac 2011.

Anggota yang akan menghadiri kursus :
  1. Adbul Latif Bin Mohamad
  2. Mohd Khassim Bin Yahaya
  3. Osman Bin Md Isa
  4. Ishak Bin Mat
     Anggota tidak memerlukan penginapan kerana akan berulang dari Sungai Petani.


3.     Ceramah Khas Koperasi

       Koperasi telah menghantar tiga ALK menghadiri Ceramah Khas Koperasi : Taklimat Program Latihan MKM dan Program Aktiviti SKM 2011 yang telah diadakan di Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai Petani pada Rabu 09 Feb. 2011 mulai jam 9.00 pagi.

Anggota yang hadir adalah :
  1. Ibrahim Bin A'Kasah
  2. Azizan Bin Mad Isa
  3. Md Zin Bin Maansoh

4.     Kursus dan Mesyuarat Agong

       Cadangan untuk mengadakan kursus dan taklimat asas koperasi dan mesyuarat agong pertama koperasi di luar kawasan terpaksa dibatalkan. Sebaliknya ia akan diadakan di Sungai Petani untuk mengurangkan perbelanjaan.

       Koperasi akan meneruskan rancangan untuk mengadakan taklimat untuk ahli dan akan membuat permohonan kepada MKM dan SKM.


5.     Kerjasama dengan lain lain Koperasi

       ALK secara asasnya bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan mana koperasi dalam apa projek yang sesuai dari segi pelaburan kewangan.


6.     Cadangan Projek Baru

        ALK bersetuju secara dasar untuk membuat kajian menjual air tebu dibeberapa kawasan yang dikenalpasti di Sungai Petani.

   

Rabu, 9 Februari 2011

Taklimat Program Latihan MKM 2011


Ceramah Khas Koperasi, Taklimat Program Latihan MKM dan Program Aktiviti SKM 2011 diadakan pada hari Rabu, 09 Februari 2011 bertempat di Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai petani mulai jam 09.00 pagi.



Kostani menghantar tiga pegawai menghadri taklimat tersebut :
  1.   Md Zin Bin Maansoh
  2.   Ibrahim Bin A'Kasah
  3.   Azizan Bin Md Isa
Antara kandungan taklimat/ceramah yang diberikan adalah termasuk :
1.  Taklimat oleh SKM mengenai jadual dan kandungan latihan yang dikendalikan oleh SKM Wilayah Utara.

2.  Ceramah Khas Koperasi yang menyentuh :
  • Keistimewaan berkoperasi
  • Erti Koperasi
  • Konsep koperasi
  • Prinsip
  • Sitem
  • Undang undang 
  • Struktur
  • Peranan Anggota
  • Tanggungjawab Anggota
3.  Taklimat Program Latihan 2011

4.  Sessi soal jawap