Ahad, 16 Oktober 2011

Mesyuarat ALK Bil.5/2011

Mesyuarat ALK Koperasi diadakan pada Ahad 16 Okt 2011 mulai jam 10.00 pagi di Pejabat Berdaftar Koperasi No.3, Taman Kristal, Sungai Petani. Mesyuarat membincangkan perkara berikut :


1.   Ulasan dan pandangan SKM pada msyuarat agong koperasi


2.  Akaun koperasi 

Semua ALk diingatkan bahawa tahun kewangan koperasi pada penghujung Nov 2011.


3.  Permohonan menjadi Ahli

Satu permohonan untuk menjadi ahli diterima dan diluluskan. Koperasi akan mengeluarkan surat penerimaan kepada anggota dan meminta anggota untuk menjelaskan saham secara ansuran atau penuh.


4.  Menjadi ahli Angkasa

Mesyuarat bersetuju untuk koperasi mendaftar menjadi ahli Angkasa. Dengan menjadi ahli Angkasa terdapat beberapa faedah dan manafaat kepada koperasi.


5.   Majlis taklimat

    

6.   Lawatan sambil belajar

Beberapa ahli memohon untuk membuat lawatan sambil belajar ke Daerah Sik. Diantara destinasi lawatan termasuk perusahaan kueh, koperasi Beris dan Ladang Anggur Tasik Beris. Koperasi akan menyediakan pengangkutan dan membuat urusan lawatan.

     Tarikh dicadangkan :    Khamis 17 Oktober 2011


7.    Perusahaan Anak Getah




Rabu, 27 Julai 2011

Projek Kuih Raya

Lawatan ke PPK Penaga untuk meninjau lebih lanjut pembuatan kueh kapit atau kueh sepit (love letter). Lawatan seramai empat orang ALK pada Selasa 26 Julai 2011 mulai jam 10.00 pagi. Didapati pengusaha kueh kapit yang di lawati pada tahun 2010 di Kampung Temusu, Penaga telah berpindah kuarters PPK Penaga.

Pengusaha telah memberikan kerjasama membenarkan rombongan meninjau peralatan digunakan dan dimana mendapatkan bekalan peralatan termasuk dapur dan acuan kueh.




Isnin, 25 Julai 2011

Projek Cendawan - Penjagaan

Semua bongkah yang disusun perlu di sembur dengan air untuk mengekalkan kelembaban. Semburan perlu dibuat berhati agar bahagian hadapan iaitu leher bongkah tidak terkena terlalu banyak air.



Ahad, 24 Julai 2011

Projek Cendawan - Susunan

Kerja membersihakan selesai dan bongkah disusun diatas rak. Hanya lima lapis susunan bongkah dibuat pada rak bawah dan tengah manakala hanya tiga lapis pada rak atas.

Rak bawah dan tengah boleh menampung sehingga tujuh lapisan bongkah tetapi ia akan menjadi terlalu berat dan dikuathiri rak tidak dapat menampung berat tersebut.




Sabtu, 23 Julai 2011

Projek Cendawan - Persediaan bongkah

Benih yang dihantar yang dibungkus didalam beg plastik dikeluarkan untuk mengelakkan tindihan terlalu lama yang mungkin akan merosakkan benih. Juga ada bongkah yang didapati berwap.

Bongkah di keluarakan dan diletakkan diatas lantai. Pemilihan untuk benih yang telah matang dibuat. Yang masih belum mencapai tahap 90% atau lebih diasingkan.

Penutup bongkah yang sesuai dibuka dan leher botol dibersihkan dari ketulan benih yang sudah lama. Ia kemudian ditutup dengan penutup baru. Semua bongkah yang telah dicuci disusun di atas rak.








Jumaat, 22 Julai 2011

Projek Cendawan - Pemasangan 'Orkid' Net

Pemasangan orkid net berwarna hitam disekiling bangsal dilakukan untuk menggantikan net lama. Net untuk menghalang terlalu banyak cahaya masuk ke bangsal yang akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti cendawan.


Pada awalnya pesanan dibuat untuk net bersaiz 90% ketelusan cahaya tetapi menghadapi masalah bekalan. Sebaliknya dua lapis net bersaiz 70% digunakan.

Net ini juga berfungsi untuk menyekat kemasukkan binatang ke dalam bangsal seperti unggas, ular, kera dan lain lain. 

   

Rabu, 20 Julai 2011

Projek Cendawan - Penghantaran Benih

Sebanyak 2,500 benih dihantar. Benih yang diterima kebanyakkan telah hampir 95% matang dan dijangka mengeluarkan hasil dalam tempuh 2 minggu.





Khamis, 14 Julai 2011

Projek Cendawan - Pemasangan Rak

Dua belas unit dipasang





Benih telah dipesan dan dijangka sampai pada 20 Julai 2011 nanti

Ahad, 10 Julai 2011

Projek Cendawan ... rak dan bangsal

Penyediaan rak cendawan dilakukan sendiri oleh En. Khassim Yahaya iaitu orang yang mengendalikan projek. Saiz rak adalah mengikut ukuran yang diberikan oleh Jabatan Pertanian iaitu 8 kaki lebar dan enam kaki tinggi. Ruang antara rak ialah 2 kaki.

Kayu 2 x 3 inci digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 digunakan sebagai rak.



Lantai bangsal cendawan perlu disimin bertujuan menjaga kebersihan bangsal, senang untuk dicuci, menghalang kemasukkan binaang kecil seperti ulat, lipas, semut atau tikus. Lantai simen juga dapat menakung sedikit air untuk melembabkan kawasan di dalam bangsal.



 Rak akan dimasukkan sebaik sahaja lantai simen keras dan dicuci.
  

Rabu, 29 Jun 2011

Mesyuarat Agong Pertama - 2011

Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad mengadakan Mesyuarat Agong kali yang Pertama pada Rabu 29hb Jun 2011 sempena dengan cuti Israk Mikraj 1432. Mesyuarat diadakan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah Darulaman bremula pada 4.45 petang.

Seramai 23 orang anggota hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi. Mesyuarat dimuakan dengan ucapan pegerusi, diikuti dengan pembentangan laporan audit 2010, pembentangan belanjawan tahun 2011 oleh bendahari, lapuran aktiviti tahunan. Semua anggota ALK dikekalkan.

Diantara ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah :

i.    Had pinjaman oleh koperasi

ii.   Menerima pelaburan oleh anggota untuk projek tanaman cendawan

iii.  Meminda Fungsi Koperasi dalam Undang Undang Kecil dari Perindustrian kepada Pertanian.

iii.  Pembelian mesin air tebu

iv.  Melaksanakan projek membuat kueh tradisi

Semua anggota koperasi diminta mengeratkan siratulrahim di kalangan ahli koperasi dan terus memberi idea, sokongan, kerjasama dan komitmen untuk kemajuan koperasi.
   

Rabu, 22 Jun 2011

Projek Cendawan - Lawatan sambil belajar

Koperasi memohon jasa baik pegawai dari PPK Sungai Petani untuk mengatur satu lawatan ke bangsal cendawan yang terletak di Kilang Makau, Taman Kempas Sungai Petani. Lawatan tersebut di buat pada 22 Jun 2011.

Pengusaha projek cendawan tersebut En. Zahari mempunyai dua bangsal. Setiap bangsal boleh memuatkan sehingga 3,000 bongkah cendawan dan telah memulakan perusahaan tersebut sejak dua tahun yang lalu.





Selasa, 14 Jun 2011

Projek Cendawan

Ahli Lembaga Pengarah bersetuju melaksanakan projek Cendawan Tiram Kelabu. Projek akan dilaksanakan di Kampung Seberang Tok Soh

Projek tersebut akan dikendalikan oleh Khassim Bin Yahaya. Bangsal berukuran 20 x 40 kaki didiri didalam kebun getah. Ini bersesuaian kerana menjadikan suhu yang sesuai.

Pada peringkat permulaan hanya sebahagian dari bangsal akan digunakan dengan lebihkurang 4,000 bongkah cendawan. Jumlah bongkah akan ditambah apabila selepas pengeluaran pertama.

Beberapa siri lawatan di ladang cendawan berhampiran akan dilakukan untuk mempelajari teknik penanaman cendawan. Khidmat nasihat pegawai pegawai pertanian juga akan diperolehi.





Rabu, 8 Jun 2011

Mesyuarat ALK 4/2011

Mesyuarat ALK diadakan pada 08 Jun 2011 pada jam 9.00 malam di pejabat berdaftar Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani.

Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Agong Tahunan yang pertama diadakan seperti berikut :

    Tarikh :      Rabu 29 Jun 2011
    Masa :        4.30 petang
    Lokasi :      Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu

Juga dipersetujui bahawa agenda mesyuarat agong pertama adalah seperti berikut :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Lapuran Aktiviti koperasi tahun 2010
  3. Pembentangan Lapuran Audit 2010
  4. Pembentangan Belanjawan Tahun 2011
  5. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Juruaudit 2011 ~ 2012
  6. Pindaan Undang Undang Kecil - Fasa 8 Fungsi Koperasi
  7. Hal hal lain

Mesyuarat menyenaraikan beberapa isu  dan soalan yang mungkin akan dibangkitkan oleh anggota semasa mesyuarat itu kelak dan membincangkan jawapan yang sesuai.

Mesyuarat ALK juga membincangkan perancangan koperasi untuk tahun 2011

1.   Projek IKS Makanan Sejuk Beku

     Koperasi melalui PPK Unit 18 merancang untuk mengwujudkan 'Projek IKS Makanan Sejuk Beku' untuk Wanita Kampung Seberang Tok Soh.

2.   Perusahaan Baja Organik

      Beberapa anggota Koperasi telah menghadiri kursus pembuatan Baja IMO oleh Jabatan Pertanian Kuala Muda pada 28 Mei 2011 yang diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Bagi anggota yang berminat untuk mengusahakan pembuatan baja tersebut dan menjual dipasaran boleh menghubung Jabatan Pertanian Sungai Petani.

3.   Kursus

      Ahli atau anak ahli yang berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Koperasi boleh memohon untuk mengikuti kursus tersebut yang akan bermula pada bulan Julai nanti.

4.    Projek Kilang Kayu Getah

       Koperasi bercadang untuk membuka kilang memproses kayu getah. Kajian lanjut diperlukan.

5.    Lawatan ke Sik, Kedah
     
       Lawatan untuk anggota yang dirancang pada akhir bulan ini ke Beris, Sik, Kedah ditangguhkan ke bulan Julai kerana ramai ahli wanita menghadiri kursus memasak dan penyediaan kueh di Kolej Komuniti Sungai Petani.

Sabtu, 7 Mei 2011

Mini Karnival

 
SKM menganjurkan Mini Karnival Koperasi Peringkat Parlimen Merbok pada Sabtu 07 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi. Mini Karnival tersebut diadakan di padang awam Taman Malinja, Semeling, Kedah.

Tujuan mini karnival diadakan adalah:
  • Memperkenalkan dan menyebar luaskan produk-produk dan perkhdimatan yang ditawarkan oleh koperasi dan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat
  • Menggalakkan penggunaan produk-produk tempatan termasuk produk produk koperasi
  • Untuk meningkatkan kesedaran berkoperasi di kalangan masyarakat setempat dan memupuk semangat bekerjasama
  • Untuk menggalakkan penubuhan koperasi bagi semua lapisan masyarakat dan menjadikan koperasi sebagai budaya hidup sejajar dengan gagasan 1 Malaysia
  • Untuk merealisasikan konsep 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K) sebagai kaedah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui penubuhan koperasi di kawasan kediaman termasuk kampung, taman perumahan, pangsapuri, kariah masjid, keluarga dan sebagainya.
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad diberi sebuah tapak jualan pada karnival tersebut. Koperasi mempamirkan dan menjual barangan keluaran ahli. Ia termasuk lemang, dodol, roti dan biskut, nanas dan sayur sayuran.






Rabu, 27 April 2011

Seminar Kemudahan Pembiayaan


Suruhan Jaya Koperasi Malaysia Zone Utara menganjurkan 'Seminar Kemudahan Pembiayaan' untuk Koperasi bertujuan untuk memaklumkan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk koperasi iaitu Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) dan Bantuan Pembangunan.

Ia juga bertujuan memberikan pendedahan mengenai kaedah penyediaan kertas kerja untuk permohonan pinjaman yang lengkap berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan oleh koperasi dan menggalakkan koperasi  terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada anggota  dan masyarakat setempat.

    Tarikh :    25 hingga 27 April 2011
    Lokasi :   Cinta Sayang Resort, Sungai Petani


Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah  Berhad menghantar dua wakil untuk menyertai seminar tersebut. Mereka adalah :

  1. Md Zin Bin Maansoh
  2. Ibrahim Bin A'Kasah

      
      

Isnin, 11 April 2011

Mesyuarat ALK 3/2011

  
Seramai tujuh ahli ALK menghadiri mesyuarat yang diadakan pada 10hb April 2010 bertempat di pejabat berdaftar koperasi bermula dari jam 10.00 pagi.

Mesyuarat telah membicangkan perkara berikut :

1.     Pertukaran Setiausaha

En Mustafa menyatakan hasrat untuk melepaskan jaawatan setiausaha yang disandang sejak Nov 2009 atas sebab kesibukkan dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas. Beliau memohon untuk terus memberikan khidmat beliau sebagai ALK biasa. Mesyuarat bersetuju keatas permohonan tersebut.

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengisi kekosongan jawatan setiausaha oleh Puan Haliza Binti Khalil. Perlantikan berkuat kuasa serta merta iaitu pada 10 April 2011.

2.    Mesyuarat Agung Koperasi



3.    Projek Kueh Raya




Ahad, 27 Mac 2011

Lawatan oleh PPK Paya, Kangar


Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad menerima rombongan seramai 40 orang ahli dari PPK Paya Kangar, Perlis pada 27 hb Mac 2011 pada jam 4.00 petang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli tentang  aktiviti IKS yang dijalankan oleh ahli ahli Koperasi. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan rangkaian jaringan (net working).

Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad telah mengatur rombongan melawat :
  1.   Perusahaan Roti dan Kek 
  2.   Perusahaan Lemang Pak Teh
Rombongan telah diberi taklimat mengenai
  1.   produk yang dihasilkan
  2.   pasaran
  3.   pengeluaran
  4.   bilangan pekerja
  5.   Demostrasi penyediaan 
  6.   bantuan yang diperolehi 
  7.   bimbingan
  8.   rancangan masa depan
Turut hadir menyambut rombongan tersebut termasuklah Pengurus Bahagian Usahawan PPK Sungai Petani, En. Azizan Md Isa selaku ALK, En. Abdul Rahman selaku ALK, Pengusaha Kek dan Roti En., Mohd Dhozir dan Pengusaha Lemang Pak Teh En. Ishak Bin Mat (Pak Teh).

Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.

Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.

     

Selasa, 22 Februari 2011

Bicara Tokoh - Industri Pelancongan

     

Tiga orang ALK menghadiri Program Bicara Eksekutif yang diadakan pada Selasa 21 Feb 2011 mulai jam 09.00 pagi bertempat di Hotel Star City, Alor Setar Kedah. 

ALK yang hadir adalah :
  1.  Md Zin Bin Maansoh
  2.  Mohd Khassim Bin Yahaya
  3.  Ishak Bin Mat
Tajuk 1  :-

Potensi dan peluang Industri Agro Pelancongan kepada Koperasi - Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Kedah.

Tajuk 2  :-

Perkongsian Pengalaman Koperasi - Koperasi Gunung Datuk Rembau Bhd.


Sempat berbual dengan wakil SKM yang sangat berminat dengan aktiviti koperasi menanam nanas secara berkelompok. Pihak SKM ingin melawat projek tanaman nanas tersebut dalam masa terdekat.