Ahad, 10 Julai 2011

Projek Cendawan ... rak dan bangsal

Penyediaan rak cendawan dilakukan sendiri oleh En. Khassim Yahaya iaitu orang yang mengendalikan projek. Saiz rak adalah mengikut ukuran yang diberikan oleh Jabatan Pertanian iaitu 8 kaki lebar dan enam kaki tinggi. Ruang antara rak ialah 2 kaki.

Kayu 2 x 3 inci digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 digunakan sebagai rak.



Lantai bangsal cendawan perlu disimin bertujuan menjaga kebersihan bangsal, senang untuk dicuci, menghalang kemasukkan binaang kecil seperti ulat, lipas, semut atau tikus. Lantai simen juga dapat menakung sedikit air untuk melembabkan kawasan di dalam bangsal.



 Rak akan dimasukkan sebaik sahaja lantai simen keras dan dicuci.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan