Rabu, 29 Jun 2011

Mesyuarat Agong Pertama - 2011

Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad mengadakan Mesyuarat Agong kali yang Pertama pada Rabu 29hb Jun 2011 sempena dengan cuti Israk Mikraj 1432. Mesyuarat diadakan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah Darulaman bremula pada 4.45 petang.

Seramai 23 orang anggota hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi. Mesyuarat dimuakan dengan ucapan pegerusi, diikuti dengan pembentangan laporan audit 2010, pembentangan belanjawan tahun 2011 oleh bendahari, lapuran aktiviti tahunan. Semua anggota ALK dikekalkan.

Diantara ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah :

i.    Had pinjaman oleh koperasi

ii.   Menerima pelaburan oleh anggota untuk projek tanaman cendawan

iii.  Meminda Fungsi Koperasi dalam Undang Undang Kecil dari Perindustrian kepada Pertanian.

iii.  Pembelian mesin air tebu

iv.  Melaksanakan projek membuat kueh tradisi

Semua anggota koperasi diminta mengeratkan siratulrahim di kalangan ahli koperasi dan terus memberi idea, sokongan, kerjasama dan komitmen untuk kemajuan koperasi.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan