Rabu, 8 Jun 2011

Mesyuarat ALK 4/2011

Mesyuarat ALK diadakan pada 08 Jun 2011 pada jam 9.00 malam di pejabat berdaftar Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani.

Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Agong Tahunan yang pertama diadakan seperti berikut :

    Tarikh :      Rabu 29 Jun 2011
    Masa :        4.30 petang
    Lokasi :      Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Rhu, Tikam Batu

Juga dipersetujui bahawa agenda mesyuarat agong pertama adalah seperti berikut :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Lapuran Aktiviti koperasi tahun 2010
  3. Pembentangan Lapuran Audit 2010
  4. Pembentangan Belanjawan Tahun 2011
  5. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Juruaudit 2011 ~ 2012
  6. Pindaan Undang Undang Kecil - Fasa 8 Fungsi Koperasi
  7. Hal hal lain

Mesyuarat menyenaraikan beberapa isu  dan soalan yang mungkin akan dibangkitkan oleh anggota semasa mesyuarat itu kelak dan membincangkan jawapan yang sesuai.

Mesyuarat ALK juga membincangkan perancangan koperasi untuk tahun 2011

1.   Projek IKS Makanan Sejuk Beku

     Koperasi melalui PPK Unit 18 merancang untuk mengwujudkan 'Projek IKS Makanan Sejuk Beku' untuk Wanita Kampung Seberang Tok Soh.

2.   Perusahaan Baja Organik

      Beberapa anggota Koperasi telah menghadiri kursus pembuatan Baja IMO oleh Jabatan Pertanian Kuala Muda pada 28 Mei 2011 yang diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Bagi anggota yang berminat untuk mengusahakan pembuatan baja tersebut dan menjual dipasaran boleh menghubung Jabatan Pertanian Sungai Petani.

3.   Kursus

      Ahli atau anak ahli yang berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pengurusan Koperasi boleh memohon untuk mengikuti kursus tersebut yang akan bermula pada bulan Julai nanti.

4.    Projek Kilang Kayu Getah

       Koperasi bercadang untuk membuka kilang memproses kayu getah. Kajian lanjut diperlukan.

5.    Lawatan ke Sik, Kedah
     
       Lawatan untuk anggota yang dirancang pada akhir bulan ini ke Beris, Sik, Kedah ditangguhkan ke bulan Julai kerana ramai ahli wanita menghadiri kursus memasak dan penyediaan kueh di Kolej Komuniti Sungai Petani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan