Selasa, 14 Jun 2011

Projek Cendawan

Ahli Lembaga Pengarah bersetuju melaksanakan projek Cendawan Tiram Kelabu. Projek akan dilaksanakan di Kampung Seberang Tok Soh

Projek tersebut akan dikendalikan oleh Khassim Bin Yahaya. Bangsal berukuran 20 x 40 kaki didiri didalam kebun getah. Ini bersesuaian kerana menjadikan suhu yang sesuai.

Pada peringkat permulaan hanya sebahagian dari bangsal akan digunakan dengan lebihkurang 4,000 bongkah cendawan. Jumlah bongkah akan ditambah apabila selepas pengeluaran pertama.

Beberapa siri lawatan di ladang cendawan berhampiran akan dilakukan untuk mempelajari teknik penanaman cendawan. Khidmat nasihat pegawai pegawai pertanian juga akan diperolehi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan