Isnin, 13 Mei 2013

Motivasi Pembentukan Organisasi Koperasi Cemerlang

SKM Kuala Muda Sungai petani, Kedah telah menganjur satu kursus bertajuk 'Motivasi Orgaisasi Koperasi Cemerlang' pada Ahad 12 dan Isnin 13 Mei 2013. Kursus ini diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort, Kuala Muda, Kedah.

Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh menghantar wakil untuk menyertai kursus tersebut. Peserta terdiri dari pegawai pengurusan dan ALK koperasi Daerah Kuala Muda.

Objektif kursus adalah untuk :
  • Memberi pemahaman mengenai peranan lembaga dan pengurusan dalam memastikan visi, misi dan matlamat organisasi tercapai
  • Memahami cabaran yang dihadapi oleh Anggota Lembaga, pengurusan dan kakitangan demi memastikan kecermelangan organisasi di era globalisasi
  • Mempelajari teknik teknik pembentukan pasukan modal insan yang cemerlang dan menangani perubahan yang perlu dilalui oleh organisasi.

 Penceramah kursus motivasi ini adalah :

           Abdul Ghani Bin Yusof
           CEO / Master Trainer / Motivator / Senior Speaker / Inspirator
           KONSULTAN JANA INSAN


Topik kursus :

Slot 1 -  Ice Breaking dan Suai Kenal

Slot 2 -  Pemimpin Berkualiti Pengerak Kecermelangan Koperasi

LDK 1 -  Analisis SWOT dan Penambahbaikan Kualiti Diri dan Organisasi

Slot 3 -  Team Work Spirit

LDK 2 -  Perancangan Strategik Kecermelangan Koperasi


Motivator - Abdul Ghani Yusof
Peserta Kursus Melakukan Aksi "Psiko Potensi Diri"
Ice Breaking dan Suai Kenal Peserta
LDK 2 - Pembentangan Perancangan Strategik Kecermelangan Koperasi
Penginapan di Pantai Merdeka Beach Resort
Salah Seorang Peserta Menyampaikan Ucapan Penutup

Gambar Kenangan - Peserta Kursus bersama Kakitangan SKM dan Motivator


Peserta mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SMK Kuala Muda kerana menganjurkan kursus yang amat berguna dan berfaedah ini dan kepada motivator En Abdul Ghani dari Konsultan Jana Insan

Majlis bersurai selepas makan tengah hari 13 Mei.

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan