Jumaat, 20 Januari 2012

Mesyuarat ALK 01/2012

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi diadakan pada Jumaat 20hb Januari 2012 mulai jam 5.30 petang di pejabat berdaftar koperasi Lot 3, Taman Kristal Sungai Petani. Seramai 9 orang ALK hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat membincangkan perkara berikut :


1.   Akaun koperasi

Tahun kewangan koperasi telah berakhir pada 31 November 2011. Semua rekod perakaunan telah diserahkan kepada SKM Kuala Muda untuk semakan. Seterusnya melantik akauntan untuk proses auditing.


2.   Latihan / Khursus untuk ALK

Satu senarai akan dikeluarkan menjelaskan khursus khursus yang perlu dihadir oleh ALK dalam masa terdekat. ALK yang masih belum menhadiri kursus wajid akan diminta berbuat demikian.


3.   Projek Katering

Koperasi telah menerima tempahan untuk menyediakan perkhidmatan katering pada 25 Feb 2012. Adalah dipersetujui bahawa koperasi akan menjadikan perkhidmatan katering ini sebagai teras aktiviti koperasi untuk tahun 2012.

Usaha akan dibuat untuk mempromosi perkhimatan katering ini.


4.   Projek Tanaman Anak Getah

Terdapat banyak tanah tanah terbiar di Kampung Seberang Tok Soh selepas tanaman nanas yang berakhir pada awal tahun 2011. Koperasi diminta membuat kajian untuk mengunakan tanah terbiar tersebut untuk manafat orang kampug.

Salah satu cadangan yang diterima adalah untuk membuat nursery anak pokok getah. Menurut kajian permintaan untuk anak getah melebihi pengeluaran. Pihak koperasi diminta mendapatkan maklumat lanjut dari pihak Mardi atau Risda tentang perkara ini.


5.   Kajian projek yang gagal

Koperasi diminta menyenaraikan semua projek projek yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ALK dan mengkaji kenapa projek tersebut gagal dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan