Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

.
Ahli Lembaga Koperasi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua ahli Koperasi Peladang Tani Seberang Tok SOh Kedah Berhad.


.

Selasa, 10 Ogos 2010

Mesyuarat ALK

Ahli Lembaga Koperasi bermesyuarat pada 10 Ogos 2010 mulai jam 10.00 pagi di pejabat berdaftar koperasi

1.  Ahli Lembaga Koperasi meluluskan empat permohonan pinjaman oleh ahli berjumlah RM6,500.00. Tempoh bayaran balik pinjaman ialah 45 hari.

2.  Mengkaji projek ternakan ikan air tawar. Permohonan oleh 4 orang ahli koperasi untuk mendapatkan pinjaman telah dibuat. Sekiranya pinjaman diluluskan, wang tersebut akan digunkan sebagai modal tambahan untuk penyediaan kolam.

3.  Membuat cadangan projek baru untuk kepada ahli iaitu menjual benih tanaman pokok renek, cabai, pokok kari dll yang jarang dijual semasa expo atau pameran. Tapak pameran Sungai Petani sedang dalam pembikinan di sebelah Giant.

4.   Memohon tapak gerai di tapak expo Sungai Petani.

5.   Projek tanaman buluh madu di kawasan resab keretapi Pinang Tunggal. Sediakan lapuran penuh beserta gambar untuk dimajukan kepada SKM Kedah.

6.  Menyediakan khimat tempahan tiket kapalterbang kepada ahli. Mengumpul seberapa banyak pengalaman kerana koperasi akan cuba menjalankan perusahaan pelancongan dimasa akan datang.



Selasa, 27 Julai 2010

Laporan Berita Harian


Akhbar Berita Harian bertarikh 27 Julai 2010 menyiarkan berita yang mungkin berguna kepada anggota koperasi.

Diharapkan anggota koperasi mengambil iktibar kepada kenyataan ini dan berusaha keras untuk memajukan diri melalui koperasi. Koperasi tidak memerlukan penumpang atau anggota yang menjadi rakan yang pasif dan mengharapkan beberapa kerat anggota yang bertungkus lumus melakukan kerja sementara yang lain lansung tidak memberikan sebarang input kepada koperasi.

Sabtu, 3 Julai 2010

Karnival SKM

SKM Negeri Kedah menganjurkan program Karnival Jualan dan Pameran Koperasi Peringkat Negeri Kedan  Tahun 2010 yang diadakan di ruang legar Central Square Sungai Petani selama tiga hari bermula pada 02 Julai 2010 hingga 04 Julai 2010 bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Majlis perasmian karnival tersebut diadakan pada 03 Julai 2010 dan di hadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mangsor Bin Saad, Pengerusi Eksekutif SKM dan Y.b. Dato' Ku Rahman Bin Ku Ismail DSSK., BKM. Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Keddah.

Kostani menghantar empat orang wakil untuk menghadiri majlis perasmian karnival tersebut. 

i.      En. Md Zin Bin Maansoh
ii.     En. Abdul Latif Bin Mohamad
iii.    En. Md Khashim Bin Yahaya
iv.    En. Osman Bin Md Isa




.

Isnin, 28 Jun 2010

Blog Baru

.
Pendaftaran untuk blog baru ini dibuat pada 28 Jun 2010 menggantikan laman blog lama www.toksoh.wordpress.com.

Ahad, 20 Jun 2010

Baju (Uniform) Pegawai Koperasi


ALK telah bersetuju semasa perjumpaan pada 20 Jun 2010 untuk menempah baju seragam (uniform) untuk pegawai koperasi (Ahli Lembaga Koperasi). Baju ini  hendaklah dipakai semasa menghadiri sebarang perjumpaan dengan ajensi lain, taklimat, lawatan, khursus, seminar, latihan atau lain lain function. Setiap ahli ALK perlu membayar kos baju tersebut iaitu sebanyak RM50.00.


Ahad, 30 Mei 2010

Mesyuarat ALK 3


Mesyuarat ALK kali ketiga berlansung pada hari Ahad 30 Mei 2010 di pejabat berdaftar  koperasi mulai jam 1000 pagi. Seramai 8 orang ALK hadir manakala dua tidak hadir dengan sebab dan dua lagi tidak hadir.

Keputusan Mesyuarat :

1. Tarikh Beroperasi

Mesyuarat menetapkan bahawa koperasi akan mula bergerak dan beroperasi pada 01 Julai 2010. Dengan modal yang ada hasil dari langganan ahli, koperasi boleh mula beroperasi.

2.   Langganan Saham Koperasi

Mesyuarat menetapkan surat peringatan kedua dikeluarkan kepada ahli untuk menjelaskan bayaran saham koperasi bertarikh 01 Jun 2010. Pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum 30 Jun 2010. Ahli diminta membayar sekurang-kurangya 50% dari jumlah saham. Surat peringatan akan disampaikan kepada ahli dibawah ALK, yang mana penerangan akan diberikan kepada ahli.

Bagi ahli yang tidak melanggan saham mereka, koperasi beranggapan berkemungkinan mereka tidak berminat dan keahlian mereka mungkin digudurkan. Sekiranya ada ahli yang digugurkan ahli baru yang betul berminat akan menggantikan.

3.   Kakitangan Tambahan

Agenda seterusnya ialah mencadangkan perlantikan seorang keraniuntuk menjalankan tugas tugas koperasi. Perlantikan tersebut berkuat kuasa mulai 01 Jun 2010. 
Mesyuarat juga bersetuju jumlah elaun bulanan yang akan dibayar kepada Puan Haliza Khalil sebanyak RM200.00 sebulan. Tugas dan tanggungjawap akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

4. Majlis/Jamuan

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis makan tengahari sebagai tanda kesyukuran penubuhan Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad. 
Majlis tersebut dicadangkan untuk diadakan di Kampung Seberang Tok Soh. Antara pegawai yang akan dijemput termasuk Pengarah SKM, Pegawai dari PPK dan Jabatan Pertanian, Ketua Kampung serta lain lain kakitangan.

Koperasi juga akan memberikan penerangan projek yang sedang berjalan termasuk :

a.   Tanaman nanas
b.   Tanaman Cabai
c.   Usaha mendirikan tempat perniagaan
d.   Lokasi ternakan ikan

Aktiviti

1.   Pinjaman kepada Ahli
2.   Kolam Ikan
3.   Perusahaan Tauge
4.   Cosway


Ahad, 7 Mac 2010

Perjumpaan Dengan Ahli Koperasi


Pihak Ahli Lembaga Koperasi memanggil semua ahli untuk taklimat dan tujuan penerangan berkenaan koperasi pada hari Ahad 07 Mac 2010 mulai jam 0900 malam bertempat di pejabat bedaftar koperasi.

Seramai 23 dari 40 orang ahli hadir untuk taklimat ini.

Pengerusi Koperasi memulakan majlis dengan menerangkan tujuan perjumpaan ini diadakan dan mengedarkan satu naskah Undang Undang Kecil Koperasi kepada setiap ahli yang hadir. Pengerusi kemudian menyerahkan majlis kepada Encik Azizan Md Isa sebagai peneraju dan penggerak penubuhan koperasi untuk menyampaikan dan memberi penerangan fungsi koperasi dan tanggungjawap ahli, lembaga koperasi dan juruaudit.

Memandangkan kehadiran ahli tidak sepenuhnya, perjumpaan kali kedua akan diatur agar semua ahli faham akan fungsi koperasi dan tanggungjawab.

Majlis bersurai pada jam 10.45 malam


Khamis, 25 Februari 2010

Mesyuarat ALK kedua


Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi diadakan pada Khamis 25 Feb 2010 mulai jam 5.30 petang di pejabat berdaftar koperasi. Seramai 9 ALK hadir.

Mesyuarat meluluskan :

a.   Perjumpaan dengan semua ahli koperasi untuk sessi taklimat dan penerangan. Perjumpaan ditetapkan pada 07 MAc 2010 bertempat didewan Sri Pinang mulai jam 0900 malam

b.   Meluluskan borang permohonan ahli. Setakat hari ini hanya terdapat 42 permohonan ahli. Perlu di tambah kepada 50 orang.


Selasa, 26 Januari 2010

Program Latihan 2010

.
Promosi Program Latihan untuk tahun 2010 diadakan pada 26hb Januari 2010 di Hotel Sugai Petani Inn mulai jam 09.00 pagi.

Jadual Program :-
8.00 ~ 9.00 pagi :              Pendaftaran peserta dan minum pagi
9.00 ~ 9.10 pagi :              Perasmian program dan doa
9.10 ~ 10.10 pagi :           Taklimat oleh Maktab kerjasama Malaysia MKM
10.10 ~ 11.10 pagi :         Taklimat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
11.10 ~ 12.10 tgh hari :    Taklimat oleh ANGKASA
12.10 ~ 12.45 tgh hari :    Sesi soal jawab
12.45 tgh hari :                 Makan tengahari dan bersurai

Seramai lebih kurang 80 orang wakil ahli koperasi Negeri Kedah menghadiri kursus tersebut.
Ketiga tiga pihak banyak menyentuh kepentingan kursus wajib dan kursus teras untuk pegawai dan ahli koperasi.

Semasa sesi soal jawab banyak soalan menyentuh kepada sijil yang diserahkan kepada peserta, agihan projek, packaging, penyertaan semula kursus dan cadangan penambah baikan komunikasi untuk mengelakkan surat lambat sampai.

Nota serta jadual kursus akan dicetak dan boleh didapati dari pejabat koperassi sekiranya ada ahli yang memerlukan


Rabu, 13 Januari 2010

AKAUN BANK
Posted on January 13, 2010 by MD ZIN

Akaun bank untuk koperasi dibuka di CIMB Bank cawangan Taman Sejati Indah. Ketiga tiga pegawai iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hadir untuk membuka akaun.

Walaupun semua borang dan butir syarat membuka bank, pihak koperasi terpaksa menunggu kelulusan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum di minta untuk memasukkan wang kedalam akaun.


Isnin, 4 Januari 2010

MESYUARAT (1)

Mesyuarat pertama koperasi diadakan pada 04 Jan 2010 jam 9.00 malam di pejabat berdaftar koperasi No.3, Lot 1, Taman Kristal, Sungai Petani. Seramai 12 ahli ahli menghadir mesyuarat walaupun pada peringkat awal dijangkakan lebih ramai ahli yang hadir.

Mesyuarat ini adalah penting kerana perlantikan pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Lembaga Koperasi ALK dan Jemaah Audit Dalaman JAD akan dilantik. Mesyuarat juga akan memutuskan untuk membuka akaun bank, tempahan cop mohor, rubber stamp, papan tanda, penyediaan buku, resit, baucer, ledger dan lain lain untuk pengurusan. Permohonan menjadi ahli akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang berserta dengan kutipan fi dan syer.

Projek tanaman nanas oleh ahli koperasi di Kampung Seberang Tok Soh yang kini dalam proses menanam turut dibincangkan. Beberapa projek lain turut dibincangkan dan ALK diminta untuk mengatur lawatan sambil ke Serawak atau Sabah.


Khamis, 31 Disember 2009


PROGRAM PEMADANAN PERNIAGAAN

Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah menghantar dua wakil untuk menghadiri Program Pemadanan Perniagaan Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah bersama Koperasi Az-Zahra Kedah Berhad mengikut surat rujukan :
  SKM.KED.(PEMB):1807(75) bertarikh 24 Disember 2009.

Program diadakan pada 31hb December 2009 mulai jam 0830 pagi di Bilik Wawasan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Jalan Limbongan Kapal, Alor Setar.

Sebanyak 35 koperasi Negeri Kedah di jemput hadir. Semasa alu-aluan, Pengarah SKM Negeri Kedah, Tuan Haji Zainun Hamzah bin Stapa menyatakan tujuan program ini diadakan. Ianya sebagai usaha turun padang bertemu dengan koperasi untuk berjumpa dan beramah mesra dengan koperasi. Juga untuk menyampaikan berita terkini, peluang dan lain lain hal berkenaan dengan koperasi.

Program ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan dengan kehadiran lain lain koperasi secara bergilir gilir. Ini adalah pendekatan baharu SKM terhadap kemajuan  koperasi.

Tiga slot atau taklimat diadakan.

Slot pertama:
     dari Syarikat Qurba Sdn Bhd yang mengusahakan makanan tambahan (kesihatan) /perubatan secara Islam.

Slot kedua :
     adalah taklimat oleh Syarikat Afnan Sdn. Bhd. yang menerangkan konsep Kontrak Farming untuk tanaman cili dan jagung.

Slot ketiga:
     berkenaan ternakan ikan keli oleh syarikat TJ Krestinai Enterprise dari Jitra.

Satu ulasan yang dapat dibuat kepada ahli koperasi ialah kehadiran untuk kursus dan seminar seperti ini. Setakat ini orang yang sama yang menghadiri setiap kursus seperti yang diadakan. Tidak dapat difikirkan alsan dan sebab mengapa ahli yang lain tidak mahu melibatkan diri menghadiri kursus ilmu. Ianya adalah untuk kepentigan koperasi. Diharapkan perkara ini dapat pertimbangan sewajarnya oleh ahli ahli yang lain.


Sabtu, 19 Disember 2009

MESYUARAT ALK – (1)
Posted on December 18, 2009 by MD ZIN

Mesyuarat pertama koperasi akan diadakan pada Sabtu 19 December 2009 di pejabat  berdaftar koperasi di Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani. Mesyuarat akan dimulakan  pada jam 9.00 malam.

Agenda utama mesyuarat adalah :
a.   Melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJk
b.   Menetapkan bank untuk akaun koperasi
c.   Memulakan pendaftaran ahli
d.   lain lain hal

Diharapkan semua AJK penaja dapat hadir pada mesyuarat tersebut

Rabu, 16 Disember 2009

SURAT PENGESAHAN
Posted on December 16, 2009 by MD ZIN

Surat pengesahan penerimaan Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi, Undang undang Kecil Koperasi dan Resit Bayaran Pendaftaran Koperasi hanya dapat dihantar melalui tangan ke pejabat SKM Sungai Petani pada hari ini.

Alamat pada surat pengesahan adalah Pejabat SKM, Jalan Limbungan Kapal, Alor Setar tetapi dimajukan ke pejabat SKM Sungai Petani.

Isnin, 14 Disember 2009


PENUBUHAN KOPERASI PELADANG TANI SEBERANG TOK SOH KEDAH BERHAD
Posted on December 14, 2009 by MD ZIN

Diucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penaja terutama En Azizan Md Isa yang bekerja keras untuk menubuhkan koperasi ini. Pendaftaran koperasi telah diluluskan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 13 November 2009 dengan No. Pendaftaran K-4-0543. Surat kelulusan bertarikh 03 Disember 2009 telah dibuat melalui serahan tangan pada Rabu 09 Dis 2009.

Mesyuarat pertama perlu diadakan secepat mungkin untuk melantik ahli lembaga koperasi ALK dan seterusnya membuat persediaan lain seperti mengedarkan borang keahlian dan mengutip yuran.

Koperasi mesti beergerak pantas bagi membolehkan ahli mendapat manafaat diatas fungsi koperasi.

.

Rabu, 9 Disember 2009

PEMBATALAN MESYUARAT
Posted on December 19, 2009 by MD ZIN

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 9.00 malam ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum. Ramai ahli yang tidak dapat hadir kerana berbagai masalah. Ada yang demam (mungkin perubahan cuaca, hujan dua tiga hari kebelakangan ini), ada yang masih belum sampai kerumah kerana mengahdiri kenduri kahwin, ada yang bercuti bersama keluarga dan dua tiga alasan lain.

Tarikh baru akan ditetapkan dan akan diberitahu kelak. Sebaiknya sebelum akhir tahun ini.