Selasa, 26 Januari 2010

Program Latihan 2010

.
Promosi Program Latihan untuk tahun 2010 diadakan pada 26hb Januari 2010 di Hotel Sugai Petani Inn mulai jam 09.00 pagi.

Jadual Program :-
8.00 ~ 9.00 pagi :              Pendaftaran peserta dan minum pagi
9.00 ~ 9.10 pagi :              Perasmian program dan doa
9.10 ~ 10.10 pagi :           Taklimat oleh Maktab kerjasama Malaysia MKM
10.10 ~ 11.10 pagi :         Taklimat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
11.10 ~ 12.10 tgh hari :    Taklimat oleh ANGKASA
12.10 ~ 12.45 tgh hari :    Sesi soal jawab
12.45 tgh hari :                 Makan tengahari dan bersurai

Seramai lebih kurang 80 orang wakil ahli koperasi Negeri Kedah menghadiri kursus tersebut.
Ketiga tiga pihak banyak menyentuh kepentingan kursus wajib dan kursus teras untuk pegawai dan ahli koperasi.

Semasa sesi soal jawab banyak soalan menyentuh kepada sijil yang diserahkan kepada peserta, agihan projek, packaging, penyertaan semula kursus dan cadangan penambah baikan komunikasi untuk mengelakkan surat lambat sampai.

Nota serta jadual kursus akan dicetak dan boleh didapati dari pejabat koperassi sekiranya ada ahli yang memerlukan


Rabu, 13 Januari 2010

AKAUN BANK
Posted on January 13, 2010 by MD ZIN

Akaun bank untuk koperasi dibuka di CIMB Bank cawangan Taman Sejati Indah. Ketiga tiga pegawai iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hadir untuk membuka akaun.

Walaupun semua borang dan butir syarat membuka bank, pihak koperasi terpaksa menunggu kelulusan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum di minta untuk memasukkan wang kedalam akaun.


Isnin, 4 Januari 2010

MESYUARAT (1)

Mesyuarat pertama koperasi diadakan pada 04 Jan 2010 jam 9.00 malam di pejabat berdaftar koperasi No.3, Lot 1, Taman Kristal, Sungai Petani. Seramai 12 ahli ahli menghadir mesyuarat walaupun pada peringkat awal dijangkakan lebih ramai ahli yang hadir.

Mesyuarat ini adalah penting kerana perlantikan pegawai koperasi termasuk Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Lembaga Koperasi ALK dan Jemaah Audit Dalaman JAD akan dilantik. Mesyuarat juga akan memutuskan untuk membuka akaun bank, tempahan cop mohor, rubber stamp, papan tanda, penyediaan buku, resit, baucer, ledger dan lain lain untuk pengurusan. Permohonan menjadi ahli akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang berserta dengan kutipan fi dan syer.

Projek tanaman nanas oleh ahli koperasi di Kampung Seberang Tok Soh yang kini dalam proses menanam turut dibincangkan. Beberapa projek lain turut dibincangkan dan ALK diminta untuk mengatur lawatan sambil ke Serawak atau Sabah.


Khamis, 31 Disember 2009


PROGRAM PEMADANAN PERNIAGAAN

Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah menghantar dua wakil untuk menghadiri Program Pemadanan Perniagaan Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah bersama Koperasi Az-Zahra Kedah Berhad mengikut surat rujukan :
  SKM.KED.(PEMB):1807(75) bertarikh 24 Disember 2009.

Program diadakan pada 31hb December 2009 mulai jam 0830 pagi di Bilik Wawasan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Jalan Limbongan Kapal, Alor Setar.

Sebanyak 35 koperasi Negeri Kedah di jemput hadir. Semasa alu-aluan, Pengarah SKM Negeri Kedah, Tuan Haji Zainun Hamzah bin Stapa menyatakan tujuan program ini diadakan. Ianya sebagai usaha turun padang bertemu dengan koperasi untuk berjumpa dan beramah mesra dengan koperasi. Juga untuk menyampaikan berita terkini, peluang dan lain lain hal berkenaan dengan koperasi.

Program ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan dengan kehadiran lain lain koperasi secara bergilir gilir. Ini adalah pendekatan baharu SKM terhadap kemajuan  koperasi.

Tiga slot atau taklimat diadakan.

Slot pertama:
     dari Syarikat Qurba Sdn Bhd yang mengusahakan makanan tambahan (kesihatan) /perubatan secara Islam.

Slot kedua :
     adalah taklimat oleh Syarikat Afnan Sdn. Bhd. yang menerangkan konsep Kontrak Farming untuk tanaman cili dan jagung.

Slot ketiga:
     berkenaan ternakan ikan keli oleh syarikat TJ Krestinai Enterprise dari Jitra.

Satu ulasan yang dapat dibuat kepada ahli koperasi ialah kehadiran untuk kursus dan seminar seperti ini. Setakat ini orang yang sama yang menghadiri setiap kursus seperti yang diadakan. Tidak dapat difikirkan alsan dan sebab mengapa ahli yang lain tidak mahu melibatkan diri menghadiri kursus ilmu. Ianya adalah untuk kepentigan koperasi. Diharapkan perkara ini dapat pertimbangan sewajarnya oleh ahli ahli yang lain.


Sabtu, 19 Disember 2009

MESYUARAT ALK – (1)
Posted on December 18, 2009 by MD ZIN

Mesyuarat pertama koperasi akan diadakan pada Sabtu 19 December 2009 di pejabat  berdaftar koperasi di Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani. Mesyuarat akan dimulakan  pada jam 9.00 malam.

Agenda utama mesyuarat adalah :
a.   Melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJk
b.   Menetapkan bank untuk akaun koperasi
c.   Memulakan pendaftaran ahli
d.   lain lain hal

Diharapkan semua AJK penaja dapat hadir pada mesyuarat tersebut

Rabu, 16 Disember 2009

SURAT PENGESAHAN
Posted on December 16, 2009 by MD ZIN

Surat pengesahan penerimaan Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi, Undang undang Kecil Koperasi dan Resit Bayaran Pendaftaran Koperasi hanya dapat dihantar melalui tangan ke pejabat SKM Sungai Petani pada hari ini.

Alamat pada surat pengesahan adalah Pejabat SKM, Jalan Limbungan Kapal, Alor Setar tetapi dimajukan ke pejabat SKM Sungai Petani.

Isnin, 14 Disember 2009


PENUBUHAN KOPERASI PELADANG TANI SEBERANG TOK SOH KEDAH BERHAD
Posted on December 14, 2009 by MD ZIN

Diucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penaja terutama En Azizan Md Isa yang bekerja keras untuk menubuhkan koperasi ini. Pendaftaran koperasi telah diluluskan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 13 November 2009 dengan No. Pendaftaran K-4-0543. Surat kelulusan bertarikh 03 Disember 2009 telah dibuat melalui serahan tangan pada Rabu 09 Dis 2009.

Mesyuarat pertama perlu diadakan secepat mungkin untuk melantik ahli lembaga koperasi ALK dan seterusnya membuat persediaan lain seperti mengedarkan borang keahlian dan mengutip yuran.

Koperasi mesti beergerak pantas bagi membolehkan ahli mendapat manafaat diatas fungsi koperasi.

.

Rabu, 9 Disember 2009

PEMBATALAN MESYUARAT
Posted on December 19, 2009 by MD ZIN

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 9.00 malam ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum. Ramai ahli yang tidak dapat hadir kerana berbagai masalah. Ada yang demam (mungkin perubahan cuaca, hujan dua tiga hari kebelakangan ini), ada yang masih belum sampai kerumah kerana mengahdiri kenduri kahwin, ada yang bercuti bersama keluarga dan dua tiga alasan lain.

Tarikh baru akan ditetapkan dan akan diberitahu kelak. Sebaiknya sebelum akhir tahun ini.