Rabu, 27 April 2011

Seminar Kemudahan Pembiayaan


Suruhan Jaya Koperasi Malaysia Zone Utara menganjurkan 'Seminar Kemudahan Pembiayaan' untuk Koperasi bertujuan untuk memaklumkan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk koperasi iaitu Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) dan Bantuan Pembangunan.

Ia juga bertujuan memberikan pendedahan mengenai kaedah penyediaan kertas kerja untuk permohonan pinjaman yang lengkap berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan oleh koperasi dan menggalakkan koperasi  terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada anggota  dan masyarakat setempat.

    Tarikh :    25 hingga 27 April 2011
    Lokasi :   Cinta Sayang Resort, Sungai Petani


Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah  Berhad menghantar dua wakil untuk menyertai seminar tersebut. Mereka adalah :

  1. Md Zin Bin Maansoh
  2. Ibrahim Bin A'Kasah

      
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan