Suruhan Jaya Koperasi Malaysia Zone Utara menganjurkan 'Seminar Kemudahan Pembiayaan' untuk Koperasi bertujuan untuk memaklumkan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk koperasi iaitu Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) dan Bantuan Pembangunan.
Ia juga bertujuan memberikan pendedahan mengenai kaedah penyediaan kertas kerja untuk permohonan pinjaman yang lengkap berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan oleh koperasi dan menggalakkan koperasi terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada anggota dan masyarakat setempat.
Lokasi : Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad menghantar dua wakil untuk menyertai seminar tersebut. Mereka adalah :
- Md Zin Bin Maansoh
- Ibrahim Bin A'Kasah