Ahad, 27 Mac 2011

Lawatan oleh PPK Paya, Kangar


Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad menerima rombongan seramai 40 orang ahli dari PPK Paya Kangar, Perlis pada 27 hb Mac 2011 pada jam 4.00 petang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada ahli tentang  aktiviti IKS yang dijalankan oleh ahli ahli Koperasi. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan rangkaian jaringan (net working).

Koperasi Peladang tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad telah mengatur rombongan melawat :
  1.   Perusahaan Roti dan Kek 
  2.   Perusahaan Lemang Pak Teh
Rombongan telah diberi taklimat mengenai
  1.   produk yang dihasilkan
  2.   pasaran
  3.   pengeluaran
  4.   bilangan pekerja
  5.   Demostrasi penyediaan 
  6.   bantuan yang diperolehi 
  7.   bimbingan
  8.   rancangan masa depan
Turut hadir menyambut rombongan tersebut termasuklah Pengurus Bahagian Usahawan PPK Sungai Petani, En. Azizan Md Isa selaku ALK, En. Abdul Rahman selaku ALK, Pengusaha Kek dan Roti En., Mohd Dhozir dan Pengusaha Lemang Pak Teh En. Ishak Bin Mat (Pak Teh).

Ahli rombongan turut dijamu dengan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha dan produk turut dijual kepada ahli rombongan yang berminat.

Pada akhir lawatan, wakil rombongan mengucapkan terima kasih dan menyatakan lawatan ini memberi manafaat kepada ahli rombongan yang berminat untuk menjalankan perusahan IKS.

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan