.
Mesyuarat ALK yang diadakan pada Ahad 24 Okt 2010 bermula dari jam 9.45 pagi mendapat sambuatan yang amat memberansangkan. Hanya dua dari 10 orang ALK tidak dapat menghadirkan diri kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat diadakan dipejabat berdaftar koperasi.
Mesyurat telah membincangkan dan meluluskan beberapa isu :
1. Pinjaman
Membuat semakan semula untuk memasukkan aktiviti pinjaman wang kepada ahli ke dalam Undang - undang Kecil Koperasi. Sekiranya aktiviti memberikan pinjaman kepada ahli dilakukan, setiap ahli dikehendaki membayar yuran bulanan pada kadar yang akan ditetapkan.
2. Kursus
Semua ALK diingatkan bahawa mereka perlu menghadiri kursus-kursus wajib semasa memegang jawatan didalam koperasi. Ahli ALK dinasihatkan supaya mengatur sendiri bilakan mereka bolah menghadiri kursus tersebut untuk mengelakkan kesulitan jika diarahkan.
ALK juga bersetuju untuk mengkaji kadar bayaran perjalanan menghadiri kursus dan lain lain bayaran bagi kursus yang dihadiri.
Tiga orang ALK akan menghadiri kursus Perundangan Koperasi yang akan diadakan di Lulau Pangkor, Perak selama tiga hari bermula pada 28 Okt hingga 30 Okt 2010.
Tiga orang ALK akan menghadiri kursus Perundangan Koperasi yang akan diadakan di Lulau Pangkor, Perak selama tiga hari bermula pada 28 Okt hingga 30 Okt 2010.
3. Kehadiran Mesyuarat
ALK bersetuju untuk mengekalkan bilangan kahadiran mesyuarat seperti hari ini.
4. Notis dan Minit Mesyuarat
Pihak koperasi akan mengeluarkan notis dan minit untuk mesyuarat mesyuarat yang akan datang
5. Syer Koperasi
Pihak koperasi akan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada ahli yang masih belum melanggan syer koperasi supaya berbuat demikian sebelum tarikh akhir tahun kewangan iaitu 30hb November. Keanggotaan akan dibatalkan sekiranya syer masih beleum dibayar.
Satu majlis akan diadakan pada 07 November 2010 dengan memanggil semua ahli untuk diberi penerangan perjalanan, aktiviti dan rancangan koperasi dengan harapan anggota tahu dan berminat untuk tersu menjadi ahli koperasi.
Walaubagaimanpun, sekiranya keanggotaan digugurkan, mereka yang masih berminat untuk menjadi anggota koperasi boleh memohon semula mengikut prosedur tyang telah ditetapkan.
6. Aktiviti
6.1 Kedai Koperasi
Semua ALK bersetuju untuk koperasi mencari tempat sesuai untuk menwujudkan kedai koperasi. Kedai koperasi tersebut akan menjalan perniagaan yang akan memasarkan produk yang dibuat oleh anggota yang sedia ada termasuk ayam sembelih, santan, kuih, dodol dan sebagainya.
Akan berjumpa dan berbincagan dengan pihak MPSP tentang tapak yang ada di Taman Sejati Sungai Petani.
6.2 Lawatan
Koperasi akan mengadakan beberapa siri lawatan sambil belajar ke koperasi yang telah berjaya seperti Koperasi Beris.
6.3 Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan
Usaha akan dibuat untuk mendaftarkan koperasi dengan Kementerian Kewangan untuk merebut peluang perniagaan di Kedah.
6.4 Penambahan Syer
Kepada anggota yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk menambah syer didalam koperasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan