Ahad, 24 Oktober 2010

Mesyuarat ALK 3

.
Mesyuarat ALK yang diadakan pada Ahad 24 Okt 2010 bermula dari jam 9.45 pagi mendapat sambuatan yang amat memberansangkan. Hanya dua dari 10 orang ALK tidak dapat menghadirkan diri kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat diadakan dipejabat berdaftar koperasi.

Mesyurat telah membincangkan dan meluluskan beberapa isu :

1.     Pinjaman

       Membuat semakan semula untuk memasukkan aktiviti pinjaman wang kepada ahli ke dalam Undang - undang Kecil Koperasi. Sekiranya aktiviti memberikan pinjaman kepada ahli dilakukan, setiap ahli dikehendaki membayar yuran bulanan pada kadar yang akan ditetapkan.

2.     Kursus

        Semua ALK diingatkan bahawa mereka perlu menghadiri kursus-kursus wajib semasa memegang jawatan didalam koperasi. Ahli ALK dinasihatkan supaya mengatur sendiri bilakan mereka bolah menghadiri kursus tersebut untuk mengelakkan kesulitan jika diarahkan.

       ALK juga bersetuju untuk mengkaji kadar bayaran perjalanan menghadiri kursus dan lain lain bayaran bagi kursus yang dihadiri.

      Tiga orang ALK akan menghadiri kursus Perundangan Koperasi yang akan diadakan di Lulau Pangkor, Perak selama tiga hari bermula pada 28 Okt hingga 30 Okt 2010.

3.     Kehadiran Mesyuarat

        ALK bersetuju untuk mengekalkan bilangan kahadiran mesyuarat seperti hari ini.

4.     Notis dan Minit Mesyuarat

       Pihak koperasi akan mengeluarkan notis dan minit untuk mesyuarat mesyuarat yang akan datang

5.     Syer Koperasi

        Pihak koperasi akan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada ahli yang masih belum melanggan syer koperasi supaya berbuat demikian sebelum tarikh akhir tahun kewangan iaitu 30hb November. Keanggotaan akan dibatalkan sekiranya syer masih beleum dibayar.

       Satu majlis akan diadakan pada 07 November 2010 dengan memanggil semua ahli untuk diberi penerangan perjalanan, aktiviti dan rancangan koperasi dengan harapan anggota tahu dan berminat untuk tersu menjadi ahli koperasi.

      Walaubagaimanpun, sekiranya keanggotaan digugurkan, mereka yang masih berminat untuk menjadi anggota koperasi boleh memohon semula mengikut prosedur tyang telah ditetapkan.


6.     Aktiviti

6.1   Kedai Koperasi

       Semua ALK bersetuju untuk koperasi mencari tempat sesuai untuk menwujudkan kedai koperasi. Kedai koperasi tersebut akan menjalan perniagaan yang akan memasarkan produk yang dibuat oleh anggota yang sedia ada termasuk ayam sembelih, santan, kuih, dodol dan sebagainya.

      Akan berjumpa dan berbincagan dengan pihak MPSP tentang tapak yang ada di Taman Sejati Sungai Petani.

6.2     Lawatan

         Koperasi akan mengadakan beberapa siri lawatan sambil belajar ke koperasi yang telah berjaya seperti Koperasi Beris.

6.3    Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan

        Usaha akan dibuat untuk mendaftarkan koperasi dengan Kementerian Kewangan untuk merebut peluang perniagaan di Kedah.

6.4     Penambahan Syer

         Kepada anggota yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk menambah syer didalam koperasi.


Khamis, 21 Oktober 2010

BICARA TOKOH

.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah dan Maktab Koperasi Malaysia Wilayah Utara menganjurkan satu taklimat berjudul :

   "BICARA TOKOH RMK 10 : PELUANG DAN CABARAN PERNIAGAAN DALAM KOPERASI"

pada Khamis 21 Oktober 2010 bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah.

Pihak SKM menjemput Koperasi Peladang Tani Seberang Tok SohKedah Berhad menghantar dua anngota untuk menghadiri taklimat tersebut.

Objektif

  • Memberi penerangan mengenai isu-isu semasa dan perkara berkaitan kemajuan serta kejayaan kopersi
  • Memberi semangat dan motivasi kepada pemimpin-pemimpin dan anggota koperasi bagi memacu kejayaan mengikut arah dan halatuju koperasi
  • Merialisasikan tujuan pelaksanaan koperasi dan mengenal pasti isu, cabaran serta tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mencapai

    Jumaat, 15 Oktober 2010

    Kursus Asas Perakaunan

    .
    Koperasi menghantar seorang wakil untuk menghadiri Kursus Asas Perakaunan.

    Lokasi :
                  Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Utara.
                  No.1515 Wisma KGMKB
                  Jalan Tunku Ibrahim
                  05000 Alor Setar
                  Kedah

    Taarikh :  11 ~ 14 Oktober 2010

    Objektif Kursus

    Memberi kefahaman kepada peserta terhadap konsep, prinsip dan proses perakaunan serta mengenalpasti tatacara menyelenggara akaun koperasi denan betul dan sistematik

    Sasaran

    • Bendahari dan Penolong Bendahari
    • JAD (Jemaah Audit Dalaman)
    • Kakitangan Kewangan Koperasi
    • Pegawai Agensi yang Menyelia Koperasi

    Tajuk Kursus :
    1. Pengenalan Kepada Sistem Perakaunan dan Aliran Perakaunan
    2. Hukum Carta Bergu
    3. Pengenalan Kepada Buku Tunai 
    4. Penyediaan Lapuran Bulanan
    5. Buku Tunai Runci
    6. Jurnal Am
    7. Lejer Am
    8. Imbangan Duga
    Kepada ahli koperasi yang berminat untuk mendapatkan salinan nota kursus tersebut diminta datang ke pejabat koperasi.