Khamis, 1 November 2012

Taklimat Perundangan

Kostani menghantar dua orang wakil untuk menghadiri "Taklimat Perundangan dan Garis Panduan Penyeliaan Koperasi Siri 2/2012" yang diadakan pada :

Tarikh :          30 hb Okt hingga 01 Nov 2012
    
Lokasi :          De Baron Resort, Bandar Baru Baron, Kuah Langkawi

Anggota yang hadir :

                      En. Md Zin Bin Maansoh                 -  Pengerusi
                      En. Azizan Bin Md Isa                     -  Ahli Lembaga





Program di rasmikan oleh En. Mohd Yusof Bin Khalid, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Kedah. Seramai hampir 70 orang wakil dari koperasi koperasi berbagai daerah di Negeri Kedah hadir untuk taklimat tersebut.


Antara topik yang di bentangkan :

30 Okt 2012 :

  GP 3    -  Perlantikan ALK


31 Okt 2012 :

  GP 6    -  Kemudahan Kredit Oleh Koperasi

  GP 7    -  Pembiayaan Islam Oleh Koperasi

  GP 7A -  Pemberian Pembiayaan Secara Berhemah

  GP 9    -  Pengambilan Simpanan Khas Dan Deposit Atau Penerimaan Pinjaman

  GP 10  -  Skim Pelaburan Khas

               -  Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP)

  GP 4    -  Perlantikan dan Fungsi JAD


01 Nov 2012

  GP 14  -  Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan

  GP 13  -  Etika Calon ALK


Program ini amat berguna kepada pegawai pegawai koperasi untuk memperbaharui dan mendalami ilmu pengetahuan pengurusan dan pentadbiran koperasi. Walau masa agak singkat ini dianggap berjaya mencapai matlamat dan mereka yang menghadiri program ini mendapat ilmu dan maklumat berguna.