Mesyuarat ALK Koperasi diadakan pada Ahad 16 Okt 2011 mulai jam 10.00 pagi di Pejabat Berdaftar Koperasi No.3, Taman Kristal, Sungai Petani.
Mesyuarat membincangkan perkara berikut :
1. Ulasan dan pandangan SKM pada msyuarat agong koperasi
2. Akaun koperasi
Semua ALk diingatkan bahawa tahun kewangan koperasi pada penghujung Nov 2011.
3. Permohonan menjadi Ahli
Satu permohonan untuk menjadi ahli diterima dan diluluskan. Koperasi akan mengeluarkan surat penerimaan kepada anggota dan meminta anggota untuk menjelaskan saham secara ansuran atau penuh.
4. Menjadi ahli Angkasa
Mesyuarat bersetuju untuk koperasi mendaftar menjadi ahli Angkasa. Dengan menjadi ahli Angkasa terdapat beberapa faedah dan manafaat kepada koperasi.
5. Majlis taklimat
6. Lawatan sambil belajar
Beberapa ahli memohon untuk membuat lawatan sambil belajar ke Daerah Sik. Diantara destinasi lawatan termasuk perusahaan kueh, koperasi Beris dan Ladang Anggur Tasik Beris. Koperasi akan menyediakan pengangkutan dan membuat urusan lawatan.
Tarikh dicadangkan : Khamis 17 Oktober 2011
7. Perusahaan Anak Getah