Rabu, 27 Julai 2011

Projek Kuih Raya

Lawatan ke PPK Penaga untuk meninjau lebih lanjut pembuatan kueh kapit atau kueh sepit (love letter). Lawatan seramai empat orang ALK pada Selasa 26 Julai 2011 mulai jam 10.00 pagi. Didapati pengusaha kueh kapit yang di lawati pada tahun 2010 di Kampung Temusu, Penaga telah berpindah kuarters PPK Penaga.

Pengusaha telah memberikan kerjasama membenarkan rombongan meninjau peralatan digunakan dan dimana mendapatkan bekalan peralatan termasuk dapur dan acuan kueh.




Isnin, 25 Julai 2011

Projek Cendawan - Penjagaan

Semua bongkah yang disusun perlu di sembur dengan air untuk mengekalkan kelembaban. Semburan perlu dibuat berhati agar bahagian hadapan iaitu leher bongkah tidak terkena terlalu banyak air.



Ahad, 24 Julai 2011

Projek Cendawan - Susunan

Kerja membersihakan selesai dan bongkah disusun diatas rak. Hanya lima lapis susunan bongkah dibuat pada rak bawah dan tengah manakala hanya tiga lapis pada rak atas.

Rak bawah dan tengah boleh menampung sehingga tujuh lapisan bongkah tetapi ia akan menjadi terlalu berat dan dikuathiri rak tidak dapat menampung berat tersebut.




Sabtu, 23 Julai 2011

Projek Cendawan - Persediaan bongkah

Benih yang dihantar yang dibungkus didalam beg plastik dikeluarkan untuk mengelakkan tindihan terlalu lama yang mungkin akan merosakkan benih. Juga ada bongkah yang didapati berwap.

Bongkah di keluarakan dan diletakkan diatas lantai. Pemilihan untuk benih yang telah matang dibuat. Yang masih belum mencapai tahap 90% atau lebih diasingkan.

Penutup bongkah yang sesuai dibuka dan leher botol dibersihkan dari ketulan benih yang sudah lama. Ia kemudian ditutup dengan penutup baru. Semua bongkah yang telah dicuci disusun di atas rak.








Jumaat, 22 Julai 2011

Projek Cendawan - Pemasangan 'Orkid' Net

Pemasangan orkid net berwarna hitam disekiling bangsal dilakukan untuk menggantikan net lama. Net untuk menghalang terlalu banyak cahaya masuk ke bangsal yang akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti cendawan.


Pada awalnya pesanan dibuat untuk net bersaiz 90% ketelusan cahaya tetapi menghadapi masalah bekalan. Sebaliknya dua lapis net bersaiz 70% digunakan.

Net ini juga berfungsi untuk menyekat kemasukkan binatang ke dalam bangsal seperti unggas, ular, kera dan lain lain. 

   

Rabu, 20 Julai 2011

Projek Cendawan - Penghantaran Benih

Sebanyak 2,500 benih dihantar. Benih yang diterima kebanyakkan telah hampir 95% matang dan dijangka mengeluarkan hasil dalam tempuh 2 minggu.





Khamis, 14 Julai 2011

Projek Cendawan - Pemasangan Rak

Dua belas unit dipasang





Benih telah dipesan dan dijangka sampai pada 20 Julai 2011 nanti

Ahad, 10 Julai 2011

Projek Cendawan ... rak dan bangsal

Penyediaan rak cendawan dilakukan sendiri oleh En. Khassim Yahaya iaitu orang yang mengendalikan projek. Saiz rak adalah mengikut ukuran yang diberikan oleh Jabatan Pertanian iaitu 8 kaki lebar dan enam kaki tinggi. Ruang antara rak ialah 2 kaki.

Kayu 2 x 3 inci digunakan sebagai tiang dan kayu 1 x 2 digunakan sebagai rak.



Lantai bangsal cendawan perlu disimin bertujuan menjaga kebersihan bangsal, senang untuk dicuci, menghalang kemasukkan binaang kecil seperti ulat, lipas, semut atau tikus. Lantai simen juga dapat menakung sedikit air untuk melembabkan kawasan di dalam bangsal.



 Rak akan dimasukkan sebaik sahaja lantai simen keras dan dicuci.