Sabtu, 7 Mei 2011

Mini Karnival

 
SKM menganjurkan Mini Karnival Koperasi Peringkat Parlimen Merbok pada Sabtu 07 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi. Mini Karnival tersebut diadakan di padang awam Taman Malinja, Semeling, Kedah.

Tujuan mini karnival diadakan adalah:
  • Memperkenalkan dan menyebar luaskan produk-produk dan perkhdimatan yang ditawarkan oleh koperasi dan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat
  • Menggalakkan penggunaan produk-produk tempatan termasuk produk produk koperasi
  • Untuk meningkatkan kesedaran berkoperasi di kalangan masyarakat setempat dan memupuk semangat bekerjasama
  • Untuk menggalakkan penubuhan koperasi bagi semua lapisan masyarakat dan menjadikan koperasi sebagai budaya hidup sejajar dengan gagasan 1 Malaysia
  • Untuk merealisasikan konsep 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K) sebagai kaedah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui penubuhan koperasi di kawasan kediaman termasuk kampung, taman perumahan, pangsapuri, kariah masjid, keluarga dan sebagainya.
Koperasi Peladang Tani Seberang Tok Soh Kedah Berhad diberi sebuah tapak jualan pada karnival tersebut. Koperasi mempamirkan dan menjual barangan keluaran ahli. Ia termasuk lemang, dodol, roti dan biskut, nanas dan sayur sayuran.